Tuesday, 8 November 2011

lelaki merokok antara gentlemen atau tempah maut ?


ok, lihat pd gambar diatas memang sah2 la kan kita sekarang nak bercakap ttg rokok. bukan nak berbicara ttg bahaya rokok ker, punca merokok ke, kesan merokok ke hape tp sekarang kita nk ckap ttg lelaki yg merokok... antara gentlemen @ sekadar tmpah maut? wah2. lantak diorang la kubor maseng2 . hahaha. tp sbg berkongsi pndapat, as a girl, bf u olls smoker... ape pndapat korg ?

bila duk borak ramai2 ng member, penah jg la topik ni jd main topic ai tu... so mcm biase la stiap org ade pndapat maseng2 kn... aku pom. so, ade la antara member2 aku ni kate dorang tak minat laki isap rokok depan dorang, sbb mcm takder hormat dkat kite as a gf die. bile pk2 betul jugak kn ? tp laki ni mule2 knal je mntak izin, 'boley tak sy isap rokok dlm kete?'... so klu u olls pe yg u olls akn jawab ? mesti ckap boley je kn... nk2 plak biasenya kereta tu boy tu yg punye... ckap xley kn xpasal2 kena tggal tepi jlan... tak ke naya?


tapi bg aku la kn, rimas ssgt2 bile naik kete dgn smoker... lau destinasi tu jauh ckit, nk la 4,5x kli isap rokok dlam kete. naik lemas lubang idung duk hidu. & org yg mnghidu ni lagi teruk dpat effect drpd smoker tu sndri. kn tak sal2 sbb org lain, kita plak yg BYE2 dlu. tp nk wt cam ane, nak tak nak sabor jela... zaman skrg ssah benor nk juper laki yg x smoking... aiyaaa. sume laki skrg byk duit la agaknye ye. tabur gitu je.

so smoker ni antara gentlemen @ tempah maut aku pom tak ley nk judge, so opinion maseng2... fikir2 kan la.
Wasalam

Monday, 7 November 2011

Selamat Ali Laya Aidiladha

Selamat Hari Raya tuk semua rakyat Malaysia yang beragama Islam ! Yes, 2011... alhamdulillah dengan jasad yang lagi bernyawa tahun ni sekali lagi kita dipertemukan dengan hari raya Qurban . wah3, macam Prime Minister bagi speech la pulak kan .

Walaupom hari ni raya ke2 tapi masih belum terlambat tuk wish selamat hari raya kan ? Sbb penat tahap gaban aku cakap lau raya Qurban ni, kena tggu daging siap lapah dulu, lepas tu masak, kelam kabut sesangat..... ada membe2 yang datang time aku tgh mandi tu sori banyak2 la yerrr, tak sempat... btw, toche.arigato.gracias.terima kasih. sbb datang open house aku yee.

Makan daging banyak2 tu jangan lupe pulak orang yang kurang bernasib baik dari kita.

Jika panjang umo, insyallah jumpe lagi hari raya aidiladha tahun depan.
Wasalam


Friday, 14 October 2011

cara hilangkan stress cara aku .

salam hari jumaat semua . chill

sebelum kuar berdatim dengan membe-membe saya, terdetik pulak nak menghapdate blog ni . oke la, straight to our point ... tapi sebelum tu aku ade soalan dekat korang... kalau korang time stress ( nangis slow-slow tak jadi ) malu takut2 orang dengar kot , so ape yg korang buat ?

Jom, kat sini aku nak kongsi la seposen , ape yang aku buat kalau aku sakit hati . nangis slow-slow hampeh . ape yang aku buat, 1st aku nangis puas-puas time mandi, pasang air kuat-kuat and than nangis teresak-esak pom. baru puas hati . 2nd way, time bawak kete nangis kuat-kuat . nak pulak kete tinted, mane orang ley tgk kan ? hahaha. lagi best bertempik kuat-kuat , hadowwwww . ;)
selamat mencuba kawan

Tuesday, 11 October 2011

lelaki kaki pukul ?

Salamuallaikum, lama dah rasanya tak menghapdate blog ni. so malam ni tergerak kotak hati untuk berkongsi sedikit entry tentang tajuk diatas yer . Come on !

Kaum lelaki kadang-kadang rasa diri mereka sentiasa betul, totally la. Kalau boley memang tak der sape yang berhak menegur apa yang dia lakukan kecuali makbapak diorang. Kalau awek sendiri tegur, alamatnya silap-silap ari bulan tangan melayang kat pipi la ye ? DASYAT Sometimes, awek sendiri seolah fobia untuk bercakap dan memberi pendapat. Setiap kali ada pertengkaran, pasti berakhir dengan jeritan awek tu suruh kamu berhenti memukulnya. Dan si lelaki pula seolah-olah lupa diri dan seperti dirasuk syaitan. Bila kamu puas membelasahnya, baru kamu sedar tindakanmu ? Tidakkah kamu berasa kesian dan sedih dengan kesan-kesan yang kamu tinggalkan itu? Tahukah kamu kudrat kamu itu mampu membunuh awek kamu? Tidakkah kamu terfikir kesakitan yang awek kamu terima?


Sikap kamu yang suka menaikkan tangan atau kaki pada badan awek kamu itu boleh memberi kesan yang mendalam dalam diri awek kamu. Mugkin untuk waktu terdekat, si dia boleh telan dan terima apa yang kamu lakukan pada dirinya, tapi lama-kelamaan pastinya si dia rasa bosan dengan sikap kamu ini. Siapa yang rugi? Dan jika kamu tidak ubah perangai kamu yang BARAN dan suka memukul itu, pastinya kamu akan DIBENCI dan sukar bagimu untuk mencari pasangan hidup yang sanggup bersama kamu.

Dalam pada itu, walaupun ada yang menasihatimu bahawa apa yang kamu lakukan ini tidak patut dan sebagainya. Kamu pula tetap mempertahankan tindakanmu itu. Kamu berasakan apa yang kamu lakukan ini adalah betul. Ini sebenarnya menggambarkan bahawa kamu seorang yang cukup ego dan tidak dapat menerima pandangan orang lain. Kamu tidak mengaku yang diri kamu itu kaki pukul. Bagi kamu apa yang kamu lakukan itu adalah untuk memberi pengajaran pada pasanganmu. Sedar atau tidak, walaupun awek kamu itu bakal menjadi isteri kamu suatu hari nanti, kamu sepatutnya tidak memukulnya, itu bukan jalan penyelesaian yang terbaik.



. Bagi korang la kan, lelaki pukul kita bila kita buat salah, besar mana pun salah tu, itu tanda sayang dan cinta ke ?
Do leave your comment ;)

Thursday, 15 September 2011

if you ?

Kata orang tanda lelaki sayang kita bila dia bawak kita jumpa kuarga dia . Boley percaya ker ? & kata orang kalau kekasih kita belikan something yang mahal, yes die memang sayang kita . Sebab tak kan la dia sanggup buang duit die macam itu sahaja tuk kita ? Tapi boley percaya ker ?

Entah laa, susah nak judge manusia kan even kekasih kita pun . Tapi kalau betul laa kata orang tu, kenapa masih ada lelaki yang seperti di atas tu masih punya popuan lain belakang kita ? Mana pergi semua kata-kata orang itu , jadi perlu ke kita menghargai @ serius dengan lelaki seperti tu ? Masih jadi tanda tanya tuk anda diluar sana, even saya sendiri pom .

P/s; keep going to pray for a best man .
Pendapat saya, setiap lelaki itu ada attitude berbeza, so bf anda lain, bf saya pom lain kan, so selamat menilai ;)

Sunday, 4 September 2011

Selamat Ali Laya uolls !


.. makan kuih suda , ziarah - menziarahi suda , bermaaf - maafan pom suda , tayang baju raya pom lagi la suda , so pe citerr haru raya uolls ? okey tak ? & pejam celik pejam tak celik - celik sudah 6 hari syawal menyusul kita . Alhamdulillah walaupom tak puas lagi beraya tapi semuanya hepi - hepi ending belake . hooray ! dan di kesempatan ini , yang memang sah dan terang tang - tang tak payah bersuluh - suluh , aku memang terwish terlambat laa . bukan ape kan , raya - raya ni sibuk kemas umah la , sapu sare labo la , beli perkakas dapur , shopping sikit - sikit ... memang sah laa blog Ceritera Dunia Gadiesku berhabuk laa kejap jawapnya . tapi tak salahkan nak wish lagi sebab kita masih di bulan Syawal yang indah beb . huhuhu .

So dikesempatan ini , saya Asma Syuhada Noirzalizan , empunya blog Ceritera Dunia Gadiesku ingin memohon maaf zahir dan batin atas kekhilafan di masa lalu samada sengaja atau tidak . @ Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada muslimin muslimat semua .
Wasalam

p/s ; 1) mudah - mudahan maaf diterima yea !
2) makan kuih tu ingatla pada orang yang dah tak der . sedahkan al fatihah
3) pada yang memandu tuk balik ke tempat masing - masing tu , pandulah berhati - hati di
jalan raya . ingatla orang tersayang kan


JUMPA LAGI DI AIDILFITRI AKAN DATANG . COMING SOON AIDILADHA

Saturday, 20 August 2011

there always a reason why


; renung - renungkan


Ajal , maut . Jodoh , pertemuan . semuanya terletak di tangan Allah s.w.t . kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan terus merancang . dan sebagai hamba Allah s.w.t , dengan mengikut fitrah nya kita perlu redha dengan setiap takdir yang tersurat dan tersirat . kerana siapalah kita , hanya hamba yang kerdil untuk melawan ketentuanNya .

Entri kali ni tidak ditujukan pada sesiapa , mungkin ia renungan bersama untuk kita yang masih bernyawa ... tapi kepada sesiapa yang pernah kehilangan orang tersayang dalam hidup mereka , mungkin mereka lagi memahami apa itu erti kehilangan . kan ?

Yes ! exactly betul apa yang pepatah melayu katakan ' berat mata memandang , berat lagi bahu memikul ' ... sememangnya ! sebab hanya orang yang merasakan sesuatu kehilangan itu sahaja yang boley mengerti betapa sakitnya , kesal , sedih , semuanya laaa ...... memang susah untuk merelakan sesuatu yang tidak direlakan berlalu pergi ...

Bagi aku , kehilangan arwah abah cukup - cukup mengajar aku apa itu erti kasih sayang , benda tu takder kat pasar tuk kita beli selonggok sepuluh hinggit . dan setiap yang pergi tak kan pernah kembali lagi kan ? dan kalau masa itu boley berundur , aku orang yang paling bahagia ! dan even masa tu boley diundurkan balik dengan sejumlah wang , yes ! aku rela ...

I trust that , there always a reason why Allah s.w.t take his life . Hanya statement itu yang aku pegang selama ini . Hanya statement itu yang menguatkan sesorang yang kehilangan . tap benda tu tak mudah , bukan dalam setaun dua kita boleh terima hakikat tu .
Dan , Tapi menerima hakikat kehilangan orang yang kita sayang , bukan sesekali bermaksud melupakan .

p/s ; merelakan orang yang tersayang pergi dengan tenang , itu adalah terbaik . Dengan satu harapan , doa aku tak pernah sesekali hilang tuk arwah . Semoga kami dipertemukan suatu hari nanti walaupun di alam sana .
Amin Ya Rabalallamin .