Friday 14 October 2011

cara hilangkan stress cara aku .

salam hari jumaat semua . chill

sebelum kuar berdatim dengan membe-membe saya, terdetik pulak nak menghapdate blog ni . oke la, straight to our point ... tapi sebelum tu aku ade soalan dekat korang... kalau korang time stress ( nangis slow-slow tak jadi ) malu takut2 orang dengar kot , so ape yg korang buat ?

Jom, kat sini aku nak kongsi la seposen , ape yang aku buat kalau aku sakit hati . nangis slow-slow hampeh . ape yang aku buat, 1st aku nangis puas-puas time mandi, pasang air kuat-kuat and than nangis teresak-esak pom. baru puas hati . 2nd way, time bawak kete nangis kuat-kuat . nak pulak kete tinted, mane orang ley tgk kan ? hahaha. lagi best bertempik kuat-kuat , hadowwwww . ;)
selamat mencuba kawan

Tuesday 11 October 2011

lelaki kaki pukul ?

Salamuallaikum, lama dah rasanya tak menghapdate blog ni. so malam ni tergerak kotak hati untuk berkongsi sedikit entry tentang tajuk diatas yer . Come on !

Kaum lelaki kadang-kadang rasa diri mereka sentiasa betul, totally la. Kalau boley memang tak der sape yang berhak menegur apa yang dia lakukan kecuali makbapak diorang. Kalau awek sendiri tegur, alamatnya silap-silap ari bulan tangan melayang kat pipi la ye ? DASYAT Sometimes, awek sendiri seolah fobia untuk bercakap dan memberi pendapat. Setiap kali ada pertengkaran, pasti berakhir dengan jeritan awek tu suruh kamu berhenti memukulnya. Dan si lelaki pula seolah-olah lupa diri dan seperti dirasuk syaitan. Bila kamu puas membelasahnya, baru kamu sedar tindakanmu ? Tidakkah kamu berasa kesian dan sedih dengan kesan-kesan yang kamu tinggalkan itu? Tahukah kamu kudrat kamu itu mampu membunuh awek kamu? Tidakkah kamu terfikir kesakitan yang awek kamu terima?


Sikap kamu yang suka menaikkan tangan atau kaki pada badan awek kamu itu boleh memberi kesan yang mendalam dalam diri awek kamu. Mugkin untuk waktu terdekat, si dia boleh telan dan terima apa yang kamu lakukan pada dirinya, tapi lama-kelamaan pastinya si dia rasa bosan dengan sikap kamu ini. Siapa yang rugi? Dan jika kamu tidak ubah perangai kamu yang BARAN dan suka memukul itu, pastinya kamu akan DIBENCI dan sukar bagimu untuk mencari pasangan hidup yang sanggup bersama kamu.

Dalam pada itu, walaupun ada yang menasihatimu bahawa apa yang kamu lakukan ini tidak patut dan sebagainya. Kamu pula tetap mempertahankan tindakanmu itu. Kamu berasakan apa yang kamu lakukan ini adalah betul. Ini sebenarnya menggambarkan bahawa kamu seorang yang cukup ego dan tidak dapat menerima pandangan orang lain. Kamu tidak mengaku yang diri kamu itu kaki pukul. Bagi kamu apa yang kamu lakukan itu adalah untuk memberi pengajaran pada pasanganmu. Sedar atau tidak, walaupun awek kamu itu bakal menjadi isteri kamu suatu hari nanti, kamu sepatutnya tidak memukulnya, itu bukan jalan penyelesaian yang terbaik.



. Bagi korang la kan, lelaki pukul kita bila kita buat salah, besar mana pun salah tu, itu tanda sayang dan cinta ke ?
Do leave your comment ;)