Tuesday 8 November 2011

lelaki merokok antara gentlemen atau tempah maut ?


ok, lihat pd gambar diatas memang sah2 la kan kita sekarang nak bercakap ttg rokok. bukan nak berbicara ttg bahaya rokok ker, punca merokok ke, kesan merokok ke hape tp sekarang kita nk ckap ttg lelaki yg merokok... antara gentlemen @ sekadar tmpah maut? wah2. lantak diorang la kubor maseng2 . hahaha. tp sbg berkongsi pndapat, as a girl, bf u olls smoker... ape pndapat korg ?

bila duk borak ramai2 ng member, penah jg la topik ni jd main topic ai tu... so mcm biase la stiap org ade pndapat maseng2 kn... aku pom. so, ade la antara member2 aku ni kate dorang tak minat laki isap rokok depan dorang, sbb mcm takder hormat dkat kite as a gf die. bile pk2 betul jugak kn ? tp laki ni mule2 knal je mntak izin, 'boley tak sy isap rokok dlm kete?'... so klu u olls pe yg u olls akn jawab ? mesti ckap boley je kn... nk2 plak biasenya kereta tu boy tu yg punye... ckap xley kn xpasal2 kena tggal tepi jlan... tak ke naya?


tapi bg aku la kn, rimas ssgt2 bile naik kete dgn smoker... lau destinasi tu jauh ckit, nk la 4,5x kli isap rokok dlam kete. naik lemas lubang idung duk hidu. & org yg mnghidu ni lagi teruk dpat effect drpd smoker tu sndri. kn tak sal2 sbb org lain, kita plak yg BYE2 dlu. tp nk wt cam ane, nak tak nak sabor jela... zaman skrg ssah benor nk juper laki yg x smoking... aiyaaa. sume laki skrg byk duit la agaknye ye. tabur gitu je.

so smoker ni antara gentlemen @ tempah maut aku pom tak ley nk judge, so opinion maseng2... fikir2 kan la.
Wasalam

Monday 7 November 2011

Selamat Ali Laya Aidiladha

Selamat Hari Raya tuk semua rakyat Malaysia yang beragama Islam ! Yes, 2011... alhamdulillah dengan jasad yang lagi bernyawa tahun ni sekali lagi kita dipertemukan dengan hari raya Qurban . wah3, macam Prime Minister bagi speech la pulak kan .

Walaupom hari ni raya ke2 tapi masih belum terlambat tuk wish selamat hari raya kan ? Sbb penat tahap gaban aku cakap lau raya Qurban ni, kena tggu daging siap lapah dulu, lepas tu masak, kelam kabut sesangat..... ada membe2 yang datang time aku tgh mandi tu sori banyak2 la yerrr, tak sempat... btw, toche.arigato.gracias.terima kasih. sbb datang open house aku yee.

Makan daging banyak2 tu jangan lupe pulak orang yang kurang bernasib baik dari kita.

Jika panjang umo, insyallah jumpe lagi hari raya aidiladha tahun depan.
Wasalam


Friday 14 October 2011

cara hilangkan stress cara aku .

salam hari jumaat semua . chill

sebelum kuar berdatim dengan membe-membe saya, terdetik pulak nak menghapdate blog ni . oke la, straight to our point ... tapi sebelum tu aku ade soalan dekat korang... kalau korang time stress ( nangis slow-slow tak jadi ) malu takut2 orang dengar kot , so ape yg korang buat ?

Jom, kat sini aku nak kongsi la seposen , ape yang aku buat kalau aku sakit hati . nangis slow-slow hampeh . ape yang aku buat, 1st aku nangis puas-puas time mandi, pasang air kuat-kuat and than nangis teresak-esak pom. baru puas hati . 2nd way, time bawak kete nangis kuat-kuat . nak pulak kete tinted, mane orang ley tgk kan ? hahaha. lagi best bertempik kuat-kuat , hadowwwww . ;)
selamat mencuba kawan

Tuesday 11 October 2011

lelaki kaki pukul ?

Salamuallaikum, lama dah rasanya tak menghapdate blog ni. so malam ni tergerak kotak hati untuk berkongsi sedikit entry tentang tajuk diatas yer . Come on !

Kaum lelaki kadang-kadang rasa diri mereka sentiasa betul, totally la. Kalau boley memang tak der sape yang berhak menegur apa yang dia lakukan kecuali makbapak diorang. Kalau awek sendiri tegur, alamatnya silap-silap ari bulan tangan melayang kat pipi la ye ? DASYAT Sometimes, awek sendiri seolah fobia untuk bercakap dan memberi pendapat. Setiap kali ada pertengkaran, pasti berakhir dengan jeritan awek tu suruh kamu berhenti memukulnya. Dan si lelaki pula seolah-olah lupa diri dan seperti dirasuk syaitan. Bila kamu puas membelasahnya, baru kamu sedar tindakanmu ? Tidakkah kamu berasa kesian dan sedih dengan kesan-kesan yang kamu tinggalkan itu? Tahukah kamu kudrat kamu itu mampu membunuh awek kamu? Tidakkah kamu terfikir kesakitan yang awek kamu terima?


Sikap kamu yang suka menaikkan tangan atau kaki pada badan awek kamu itu boleh memberi kesan yang mendalam dalam diri awek kamu. Mugkin untuk waktu terdekat, si dia boleh telan dan terima apa yang kamu lakukan pada dirinya, tapi lama-kelamaan pastinya si dia rasa bosan dengan sikap kamu ini. Siapa yang rugi? Dan jika kamu tidak ubah perangai kamu yang BARAN dan suka memukul itu, pastinya kamu akan DIBENCI dan sukar bagimu untuk mencari pasangan hidup yang sanggup bersama kamu.

Dalam pada itu, walaupun ada yang menasihatimu bahawa apa yang kamu lakukan ini tidak patut dan sebagainya. Kamu pula tetap mempertahankan tindakanmu itu. Kamu berasakan apa yang kamu lakukan ini adalah betul. Ini sebenarnya menggambarkan bahawa kamu seorang yang cukup ego dan tidak dapat menerima pandangan orang lain. Kamu tidak mengaku yang diri kamu itu kaki pukul. Bagi kamu apa yang kamu lakukan itu adalah untuk memberi pengajaran pada pasanganmu. Sedar atau tidak, walaupun awek kamu itu bakal menjadi isteri kamu suatu hari nanti, kamu sepatutnya tidak memukulnya, itu bukan jalan penyelesaian yang terbaik.



. Bagi korang la kan, lelaki pukul kita bila kita buat salah, besar mana pun salah tu, itu tanda sayang dan cinta ke ?
Do leave your comment ;)

Thursday 15 September 2011

if you ?

Kata orang tanda lelaki sayang kita bila dia bawak kita jumpa kuarga dia . Boley percaya ker ? & kata orang kalau kekasih kita belikan something yang mahal, yes die memang sayang kita . Sebab tak kan la dia sanggup buang duit die macam itu sahaja tuk kita ? Tapi boley percaya ker ?

Entah laa, susah nak judge manusia kan even kekasih kita pun . Tapi kalau betul laa kata orang tu, kenapa masih ada lelaki yang seperti di atas tu masih punya popuan lain belakang kita ? Mana pergi semua kata-kata orang itu , jadi perlu ke kita menghargai @ serius dengan lelaki seperti tu ? Masih jadi tanda tanya tuk anda diluar sana, even saya sendiri pom .

P/s; keep going to pray for a best man .
Pendapat saya, setiap lelaki itu ada attitude berbeza, so bf anda lain, bf saya pom lain kan, so selamat menilai ;)

Sunday 4 September 2011

Selamat Ali Laya uolls !


.. makan kuih suda , ziarah - menziarahi suda , bermaaf - maafan pom suda , tayang baju raya pom lagi la suda , so pe citerr haru raya uolls ? okey tak ? & pejam celik pejam tak celik - celik sudah 6 hari syawal menyusul kita . Alhamdulillah walaupom tak puas lagi beraya tapi semuanya hepi - hepi ending belake . hooray ! dan di kesempatan ini , yang memang sah dan terang tang - tang tak payah bersuluh - suluh , aku memang terwish terlambat laa . bukan ape kan , raya - raya ni sibuk kemas umah la , sapu sare labo la , beli perkakas dapur , shopping sikit - sikit ... memang sah laa blog Ceritera Dunia Gadiesku berhabuk laa kejap jawapnya . tapi tak salahkan nak wish lagi sebab kita masih di bulan Syawal yang indah beb . huhuhu .

So dikesempatan ini , saya Asma Syuhada Noirzalizan , empunya blog Ceritera Dunia Gadiesku ingin memohon maaf zahir dan batin atas kekhilafan di masa lalu samada sengaja atau tidak . @ Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada muslimin muslimat semua .
Wasalam

p/s ; 1) mudah - mudahan maaf diterima yea !
2) makan kuih tu ingatla pada orang yang dah tak der . sedahkan al fatihah
3) pada yang memandu tuk balik ke tempat masing - masing tu , pandulah berhati - hati di
jalan raya . ingatla orang tersayang kan


JUMPA LAGI DI AIDILFITRI AKAN DATANG . COMING SOON AIDILADHA

Saturday 20 August 2011

there always a reason why


; renung - renungkan


Ajal , maut . Jodoh , pertemuan . semuanya terletak di tangan Allah s.w.t . kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan terus merancang . dan sebagai hamba Allah s.w.t , dengan mengikut fitrah nya kita perlu redha dengan setiap takdir yang tersurat dan tersirat . kerana siapalah kita , hanya hamba yang kerdil untuk melawan ketentuanNya .

Entri kali ni tidak ditujukan pada sesiapa , mungkin ia renungan bersama untuk kita yang masih bernyawa ... tapi kepada sesiapa yang pernah kehilangan orang tersayang dalam hidup mereka , mungkin mereka lagi memahami apa itu erti kehilangan . kan ?

Yes ! exactly betul apa yang pepatah melayu katakan ' berat mata memandang , berat lagi bahu memikul ' ... sememangnya ! sebab hanya orang yang merasakan sesuatu kehilangan itu sahaja yang boley mengerti betapa sakitnya , kesal , sedih , semuanya laaa ...... memang susah untuk merelakan sesuatu yang tidak direlakan berlalu pergi ...

Bagi aku , kehilangan arwah abah cukup - cukup mengajar aku apa itu erti kasih sayang , benda tu takder kat pasar tuk kita beli selonggok sepuluh hinggit . dan setiap yang pergi tak kan pernah kembali lagi kan ? dan kalau masa itu boley berundur , aku orang yang paling bahagia ! dan even masa tu boley diundurkan balik dengan sejumlah wang , yes ! aku rela ...

I trust that , there always a reason why Allah s.w.t take his life . Hanya statement itu yang aku pegang selama ini . Hanya statement itu yang menguatkan sesorang yang kehilangan . tap benda tu tak mudah , bukan dalam setaun dua kita boleh terima hakikat tu .
Dan , Tapi menerima hakikat kehilangan orang yang kita sayang , bukan sesekali bermaksud melupakan .

p/s ; merelakan orang yang tersayang pergi dengan tenang , itu adalah terbaik . Dengan satu harapan , doa aku tak pernah sesekali hilang tuk arwah . Semoga kami dipertemukan suatu hari nanti walaupun di alam sana .
Amin Ya Rabalallamin .


Tuesday 16 August 2011

.. dah lama betul tak menghapdate blog tersayang ni , tersangat - sangat la kesibukan sedikit sejak masuk sem 3 .. well , kan makin tua makin banyak la kije . kan anak - anak ? hahaha .

entri kali ni cuma saya juz nak bagi tahu u owls , kekasih no1 saya telah pom dinyahkan dari hidup saya ... so sad . uwaaaaaaaaaaaaa ! ;(
dengan tidak merelakan @ direlakan , dengan ini saya Asma Syuhada Norzalizan telah mengdeactivekan fb saya buat sementara waktu atas sebab dan munasabab peribadi .
Mungkin untuk menjaga sesebuah perhubungan anatara dua insan . hahaha . gilak kan aku sanggup sacrifice demi dia ? OMG ! terkezut jugak i nyaah . tapi sesungguhnya setiap & sesuatu pengorbanan itu semestinya berbaloi - baloi .
mudah - mudahan hendaknya la

tapi kekasih no1 saya itu mungkin akan diactivekan kembali suatu hari nanti , so stay tuneeeee . hahhahhaa . persan glamour la pulak minah ni kan . so plastik la . hahhahaa . & buat masa ini saya hanya betemankan blog tersayang . muahahaha tadaaaa .

Friday 15 July 2011

kuantan yaw !

oke . kerja gile ! lagi & lagi ! hahahaha .

selasa lepas tak der kelas ! rabu pom ! wah2 . so macam biase , tak der keje dari ade keje . so me & she ! she ! she ! plan kijee gile . lepas sorang2 sebut boring , boring , boring ... one more time repeat ! BORINK ! kitorang pom plan naik kuantan , ng bas pom jadila . tak der duit pom plan jalan ... kena jalan . so after packing2 barang , kitorang pom terus g terminal amek bas ke kuantan & lastly sampai jugak dekat bumi pahang ! macam tak pernah sampai jeer
so sampai2 , kitorang terus g kuantan parade . malam baru balik ! sedakkk jale2 , sapa tok kaba . hahaha . sleng kelantan sikit

keesokkan , jalan2 lagi & lagi & lagi . pusing2 ecm & megamall . penat sumgoh ! petang , kol 5 amek bas balik koberang balik . sumgoh2 penat ... TAPI kitorang adee lagi planning yang belum dilaksanakan ....... trip to KELANTAN ! coming soon yaw ... ;)))

* nak kongsi beberapa gambar yg semoat di snap , tu pom atas bas . oke tak ? sape2 yang rase tak oke , please butekan mata sekejap . ;))


she is Norbazilah .


letih molek muko cik bedoh tepi ! huhuhu



cantik nye gambar . mesti yg tuan snap gambar ni chumel jg kan ? hahaha . perasan sikit . die laaa kawan yg tido sebantal , makan sepinggan , mandi tak sekali !

p/s ; hope sekali kitee kenal , sampai mati kite kekal ! persahabatan tak mudah dicari oke mek2 semua ? ;))
Muahhh

Saturday 9 July 2011

photoshoot mega outim

entri kali nih saye nak kongsi beberapa keping foto last photoshoot saye di kelantan before bermula sesi pengajian sem3 ;
oke guys , walaupom gambar-gambar ni ade yang meloyakan tekak u all tapi saye tetap gatal tangan tuk kongsi gambar-gambar photoshoot bersama otai-otai kelantan ! yeay ~!


* credit to Jari Foto


* credit to Kuwe Anymal


* credit to Roslan Rais


* credit to Fadhil Aman Hayat

nota kaki ; beberapa keping saje saye upload , kalau u all nak tengok selebihnya sila jenguk-jenguk fesbuk Asma Syuhada Norzalizan oke ! thanx pinjamkan mata anda tuk melihat gambar-gambar yang tak seberapa ini .
Muah

Thursday 7 July 2011

menghapdate entri sekejap

- oke , rabu lepas aku selamat sampai ke kuala berang setelah brcuti 2 bulan seminggu , rase nak nagis pom ader . sebab tak nak tinggal uma ! tak nak tinggal family ! & yang petim tak nak tinggal suasana di sana ! uwaaaaaaaaaaaaa ! ;(((

* nak taknak kene jugak datang Kuala Berang sbb ape-ape pom , study kene habiskan ! yeay ~! lepas abes study nanti boley duk umah hari-hari . sukeenya !

* semalam 7 Julai , selesai sudaa aku mendaftarkan diri sebagai pelajar sem 3 . Alhamdullilah . itu sahaja tuk entri kali ni , bubye dude !

Thursday 23 June 2011

outim bersama Kuwe Anymal & The Geng

; jam da dkat kol 5 pg tp masih tak tido2 . takpe , mlass masih mude ! mude ker ?
alang2 line berokband tak wat hal , better menghapdate entri sekejap la kan sebelum berangkat ke sungai budor . hahaha ;)))

tak der ape nak di kongsi , cume ingin kongsi beberapa gmbar photoshoot td sahaja !

- jum2 kite same2 tengok sekeping due gmbar photoshoot ku yg tak seberapa !


credit to Zulraidi


credit to Kuwe Anymal

nota kaki ; terima kasih sejutoo laa dekat sume photographer2 yg terlibat b'coz kesportingan anda oke !

Thursday 16 June 2011

ganti puase laa pulak ;)))

hey guys ! slamat tgh ari sumenya ... tgah ari ker ? haahhaa . tgahari2 ni sdap jugak pekena asikrim ker , ABC ker ... wah ! yum2 ! tp al maklum laa, sekarang daa blan 6 so daa nk dkat nak puase . so ini la mase dan waktunya tuk menggantikan puase yg ditinggalkan ! yeay ~~~

nak ker tak hendak ker ... ganti puase ni wajib laa dilakukan bg girls2 mcm kitee ni ... p/s ; kuatkan semangat oke ! ganti puase2 anda sume ... oyeah !

Wednesday 15 June 2011

BREAK ? So ape nak buat ?

hello friends . oke , hopee semua nyaa sehat dan dirahmati selalu hendakNya . Oke laa , break ? putus ? ditinggalkan ? @ macam - macam laa yang samee waktu dengan nya , benda tu tak mudah kan tuk kitee hadapi ... nak pulak klau da bercintaa lame @ terlalu sayang kan pasangan ... tapi nak buat macam mane . jodoh tak de ! so nak ker tak nak kitee kena always ready . kalau laa jadi dekat kitee ... so what we suppose to do ? Nangis memanjang ... @ cube menafikan realiti ? Oh no ! It's the wrong way oke girls ...

Dekat sini ade 5 tips bilee putus cinta ; ;)

1) DOA & SABAR
- sememangnya ayat ni yg selalu kitee dengar bile kite ade masalah kan ... orang sekeliling kitee mesti suruh kite banyak berdoa dan bersabar ! YES , exactly ... sbb tu sajee senjate kitee dan mungkin ade hikmad disebaliknya . Mane laa tau adee yg lg OKE menanti di hadapan kan ? ;))

2) MAKAN COKLAT
- tuk pengetahuan u all , mengikut kajian dan artikel yg pernah saye bace COKLAT dapat menenangkan seseorang . So tuk tenangkan diri u all , ape katee cube makan coklat dan lihat hasilnya , & kalau tak minat coklat ... aiskrim pom takpe ... tak salah mencube kan ?

3) LUAHKAN KEPADA ORANG YANG DIPERCAYAI
- semua orang mestii ade kawan baik ,sahabat baik kan ? Dan kalau boley pastikan kawan yang anda maksudkan itu adalah seseorang yang betul - betul boley dipercayai oke ! Sebab dengan luahkan perasaan , kitaaa akn berasa lebey lega & kurangkan tekana yang kita hadapi ...& mungkin sahabat anda juga boley memberikan pendapat mereka ;)

4) BERHIBUR
- oke , berhibur yg saye maksudkan tu bukan laa sampai enjoy tak igt dunia kan . & no need pom berhibur dekat disco @ club ... tapi berhibur macam pergi karaoke ker , tengok wayang ker , shopping dengan rakan - rakan yg boley menghiburkan hati anda . Dengan care ni anda mungkin akan berasa gembira dan terlupa sebentar masalah yang dihadapi . & bercuti jugak adalah antara aktiviti tuk anda berhibur ;P

5) TIDUR
- this is the last way , kalau susah sangat tuk anda lupakan DIE & PROBLEM yg anda hadapi tu care yang bijak adalah tido ! Setelah anda menangis teresak -esak , anda mesti penat kan ... dan akan tertidur . & Bile dah jage dari tido and mesti akan rase lagi segar dan mungkin jugak pemikiran anda sudah bersedia tuk menerima realiti yg berlaku ;(

p/s ; oke girls ! MASE TUK MENCUBA ! kuatkan semangat anda , INGAT ! lelaki yang tinggalkan kita adalah lelaki yang paling BODOH ! Sebab tinggal orang yang betul - betul mencintai DIE ! dan INGAT mungkin ada yang lagi baik menanti di hadapan TAPI tak salah tuk terus menangis sbb lame - lame airmata kite pun akan kering tuk orang yg berhati KERING macam tu kan ! CAIYOOOOK ! ;))

Tuesday 14 June 2011

' DIA ' CINTA MATI SAYE .

' Sumpah hanya DIA cinta mati sayee ! & DIA sememangnya tiada ganti ... Seluruh jiwee & rage sayee hanya untuk DIA ... Sayee berdoa seluruh hayat sayee , supaya sayee dipertemukan dengannya , sekalipun di alam sanee ' AMIN .

; Semoga arwah abah PLI BIN MOHD NOOR sentiasa ditempat kan dalam golongan orang - orang yang solehah ... dicucuri rahmat oley YANG MAHA ESA ... diampuni segala dosa ... serta dilapangkan kuburnya ... Semoga kitee berjumpe di alam sane ABAH . AMIN YA RABALLALAMIN . ( AL -FATIHAH ) & SELAMAT HARI BAPA buat ABAH .

; Jase dan pengorbanan ABAH tak penah sayee lupakan ... & Saye terlalu amat menyayangi ABAH ... tempat ABAH dihati sayee dan keluarga tidak pernah adee galang gantinya . SELAMAT HARI BAPA ABAH

Wednesday 1 June 2011

Buang bayi dari tingakt 5 ! !

Ok , malam2 macam ni tak tau nak buat ape ... so teringat pulak nak update blog !
orait , berbalik padee tajuk di atas laaa ... bunyi nyee macam tak masuk akal kan guys ? tapi dalam dunie sekarang semua tu tak mustahil terjadi , tapi kenapa ?
kenapa adee manusia yang sekejam ini ? logik akal tak benda ni ?

Bagi sayee laa , binatang pom tak makan anak diee sendiri tau..... apee lagii die nak sakitkan anak die ... kalau laa binatang pom masih boley acting like tuu , kenapa manusia yang adee akal fikiran & waras lagiii tak boley nak thinking macam tuu ?
Ok , memang tak terkejut laa klu dengar pasal berita - berita yang membabitkan bayi meninggal laa , bayi kena dera laa , bayi kena bakar laa , simpan mayat dalam stor laa.... SEBAB masyarakat kitee sekarang pandang remeh something macam ni ! ! dorang da tak kisah asal tak berlaku dalam keluarga diorang ! kan ? & kalau laa bayi - bayi yang teraniaya tuu boley bercakap , boley meluahkan ... sayee rasee mesti mereka terkilan diperlakukan sedemikian kan ? tambah - tambah dengan mak bapak sendiri ..... !

Bagi pendapat sayee laa , setiap masalah yang tercipta itu adalah hasil rekaan manusia jugak ! dah tauuu ' benda - benda ' macam tuu boley bawak serba serbi masalah tapi buat jugak ! dan kalau nak memperlalukan anak sendiri macam binatang , sayee rasee tak perlu lahirkan mereka di dunia ..... seorang bayi dilahirkan di dunia hanya ingin kasih sayang dari seorang ibu , belaian , kebahagiaan TAPI mereka tak & bukan menginginkan tuk didera , dibunuh ! ! itu amat kejam ! Kalau tak menginginkan mereka pleaseeee la , bagi laa kat BADAN KEBAJIKAN MASYARAKAT @ RUMAH - RUMAH ANAK YATIM ..... itu lebey baik ... nyawa bukan boley dijual beli kan ? berilah peluang tuk mereka idup sebagaimanee kanak - kanak yang lain jugak ...

Banyak pihak perlu mainkan peranan sebenarnya dalam hal ni , especially institusi sesebuah keluarga , parents , masyarakat , government ..... & diri sendiri ... dan dalam situasi mereka macam ni , kiteee tak boley salahkan mereka 100% jugak ! bagii sayee dalam keadaan macam tu seseorang boley buat ape sajee ... SEBAB mereka seolah - olah tidak sedar identiti mereka dalam emosi sedemikian ... jadi padee keluarga disini laa sokongan anda diperlukan ...... nasi dah jadi bubur so no need tuk terus & terus bagi pressure malah nasihat amat membantu dalam masalah ini ! * maybe la | tapiii biase laaa mak bapak bukan mudah nak terima pengan yang HEBAKKK tu .....

Bagi anda laaa , kalau anda berada di tempat ' tersebut ' apakah tindakan anda agaknya girls ? | ;p

Saturday 21 May 2011

Sudaa trlalu lame rasenyaa tak update blog nii , nak nak pulak bilee ade kat Kelantan ... perasaan malas itu sememangnya amat amat menyelubungi diri ... ngeee ! ;p
Malam - malam macam nii tak tau apee nak di tulis kan , tapi disebabkan lamee sudaa tak update so tulis jee laa ape -ape yang sayee rase memang boley dikongsi ... kot .. ;))
ok laa, sayee rasee macam nak brkongsi sedikit cerita tentang kawan sayee , & sebelum tu sayee ingin inform bahawe sayee tak pernah memilih kawan dari perwatakan semata - mata , bagi sayee mengenali hati + budi mereka lagi superb gituu ! Sayee sudi berkawan dengan awak even awak gemok , muke macam gengster , tomboy , pondan , mat rempit , kutu ayam , & even pusher pom ! ok , that's me laaa... bagi sayee mereka jugaa manusia & soal urusan sapee mereka itu adalah urusan mereka dengan Allah SWT , dan kiteee bukan laa siape - siape yang hanya boley cakap cakap belakang untuk jugde diorang , pleaseeeeee laaaa ;P

so berbalik laa padee cerita sayee , sayee ader kawan ... die seorang ' pusher ' and sometimes jugak seorang ' mat ganja ' jugak ... sayee namekan die F ... berkawan dengan die bukan laaa sesuatu yang orang kateee soooo sweet tapi melalui die sayee dapat menilai ... tapi ape -ape pom u all nilai laaa sndri setelah sayee bercerita atas pengalaman sayee sikit ..
1st situation , satuu hari kitorang keluar laa ramai -ramai kan , adee laaa sorang adik nim duduk tepi jalan , mintak sedekah ... & dalam ramai - ramai si F ni laa sanggup stop dan bagi duit ... then ?

moral ; sayee rasee kitee tak boley menilai orang hanya melalui luaran , dan jangan laaa hanya bilee dorang pakai selekeh selekeh , kitee anggap diorang sampah masyarakat ..... dan kalau pakai kemas kemas pom tapi kalau tak tau nak hormat orang tak gunee jugak , pernah jugak sayee kenal dengan seseorang ni , mukee lawa gileee , kayee lg , pakai kereta mewah tp bilee bercakap hampeh ... tak der respect dekat orang lain langsung & itu amat menyedihkan ...

so sapee kawan anda , bagaimanee anda menilai , memilih tuk berkawan adalah u all , good luck ! ;P

Monday 25 April 2011

Sudah berada di Kelantan pada hari sabtu lagi tapi baru hari ini ader kesempatan tuk update entry nim ..... Lega rasanya bila berada di rumah sendiri..... Bangun pagi-pagi makanan sume da siap2 atas meja..... breakfast + lunch + supper + dinner !
Lame da tak ikut waktu makan proper macam nim.... hehehehee.... sbb klu d tempat belajar breakfast tu lah lunch ! supper tu la dinnner kami ! really kesian kn.... huuhhuu... biase la student ;(

Lega rasanya bila berada di rumah..... selesa... + dapat la rehat sikit ! sbb kalau duk kt sane kena basuh baju sndri , masak sndri , lipat kain dan mcm2 la.... kena survive tuk hidup katekn ! ;( Rasa nak makan macam2 bila ade kt umah nim, sbb da lame x makan masakan ma.... em, mcm2 ader dlam kpla... tp dun wori ! Sebab dua bulan duk kat cni ! huhuuhhu.... yeay ! belum lagi ingin juper kwan2..... kalau boley nk rehat kt umah & habiskan masa d rumah dulu seminggu sebelum keluar hang out ! ;)

Thursday 21 April 2011

kelantan... here i come !

Hari nim hari terakhir berada di Kuala Berang setelah satu sem ade kt cni...
lega rasanya bila final exam da tmat... sudah merdeka buat seketika ! yeay~ tapi tak tau la mcm mana hasilnya..... ;(

Tak sabar nanti saat malam, lepas tu tido... & bangun2 da pagi... + terus cabut dari sini... ! Bukan sebab tak sukakan suasana cni, tapi paham2 la... da best place is home ! haha

Cuti dua bulan ? lamanya... mesti dalam masa cuti tu rasa rindu nk tggal kt KOBE ... tp ape-ape pom... dalam kepala sekarang hanya la KELANTAN ! So da xder ape2 nk tulis... juz skrang nim mood : excited + hepi gitu.... ;) ngeeee !

Wednesday 13 April 2011

Jangan bandingkan saya please !

Sebagai mana tak sukenya awak bila saya bandingkan awak dengan orang lain,
macam tu jugak la TAK sukenya saya bila awak bandingkan saya dengan kekasih awak dulu !

Saya mmg degil, tapi saya bukan jahat kan ? Kalau betul la saya ni degil rasanya mmg perlu saya d tegur, tapi bukan dengan cara kasar kan ? Dan awak jugak penah cakap, degil + keras kepalaya popuan tu macam mane la sgt kn ... * statement anda !

Dan tak fikir ker awak macam mana sakitnya hati saya bila awak gunakan bahasa yang kasar2 dengan saya bila awak marah ? Dan lupakah awak yang saya jugak seorang perempuan !

Dan saya rasa benda yang patut kite elakkan apabila kite bertengkar adalah ' Jangan bandingkan saya please ' !

Tuesday 12 April 2011

Aduhai Tangan !

Aish, hari ni bersamaan dengan 12/4/2011... room mate aku ilang duit rm50 pulop !
sepanjang duk kt cni xpenah2 pom lg ader kes curi..... pelik tapi benar !
bukan nk tduh tp kebetulan hari ni ader member dr umah lain dtg mkan kt umah kitorg !

tapi la kn, kwan ker mcm tu ?
rasanya klu da sggup curi duit kwan sendri tu bkan nmanya kawan ! tapi lawan !
dalam blik td ader 5 org jer ! so antra 5 ni jer yg mncri !

dan lagi penim kpala fikir sape la pncri tu ! sbb sume yg ader kt ctu da bersumpah DEMI ALLAH ! + dpan AL-QURAN lg ! dan klu sume yg trlibat da bersumpah, habis sape la lg yg curi duit tu ?

dan sanggup kn manusia zaman skrg bersumpah dengan nama ALLAH hanya tuk lepas dari malu + hukuman dunia ? dan saya tersangat ingin tahu sape kah gerangan nya ! mudah-mudahan satu hari nnti.... biar sumenya terjawab !

final countdown !

hari ni da ari selasa... so tggal lg 5 hari untuk final exam ! aiyyaaaaaa.....
byk nya kna bt revision, byk kna mnghafal.... adoiyaaaaa...
tp paham2 jerla... ble byk sgt yg kna bt revision.... mla la mlas ....
tmbah2 lg ble kwan2 pulak rmai kt umah....
ble duk rmai2 paham2 jer la... byk pulak crita + gosip2 pnas...
mula la lalai nk bt revision... aduh !
tp nk ker x, ari ni mmg da kna start bt revision....
tkut plak kna repeat paper ! pnat tuuuuuuu....
caiyok2 asma !!!!!!!!! hihihi ;)