Kaum lelaki kadang-kadang rasa diri mereka sentiasa betul, totally la. Kalau boley memang tak der sape yang berhak menegur apa yang dia lakukan kecuali makbapak diorang. Kalau awek sendiri tegur, alamatnya silap-silap ari bulan tangan melayang kat pipi la ye ?
Sikap kamu yang suka menaikkan tangan atau kaki pada badan awek kamu itu boleh memberi kesan yang mendalam dalam diri awek kamu. Mugkin untuk waktu terdekat, si dia boleh telan dan terima apa yang kamu lakukan pada dirinya, tapi lama-kelamaan pastinya si dia rasa bosan dengan sikap kamu ini. Siapa yang rugi? Dan jika kamu tidak ubah perangai kamu yang BARAN dan suka memukul itu, pastinya kamu akan DIBENCI dan sukar bagimu untuk mencari pasangan hidup yang sanggup bersama kamu.
Dalam pada itu, walaupun ada yang menasihatimu bahawa apa yang kamu lakukan ini tidak patut dan sebagainya. Kamu pula tetap mempertahankan tindakanmu itu. Kamu berasakan apa yang kamu lakukan ini adalah betul. Ini sebenarnya menggambarkan bahawa kamu seorang yang cukup ego dan tidak dapat menerima pandangan orang lain. Kamu tidak mengaku yang diri kamu itu kaki pukul. Bagi kamu apa yang kamu lakukan itu adalah untuk memberi pengajaran pada pasanganmu. Sedar atau tidak, walaupun awek kamu itu bakal menjadi isteri kamu suatu hari nanti, kamu sepatutnya tidak memukulnya, itu bukan jalan penyelesaian yang terbaik.
. Bagi korang la kan, lelaki pukul kita bila kita buat salah, besar mana pun salah tu, itu tanda sayang dan cinta ke ?
Do leave your comment ;)
0 comments:
Post a Comment